fbpx

Bintang Man. City dalam radar Atletico, PSG

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ALVAREZ dikatakan mahu mencari kelab baharu yang boleh menawarkan lebih banyak minit permainan buatnya. - AFP

MADRID – Pakar perpindahan Eropah, Fabrizio Romano mendakwa Atletico Madrid dan Paris Saint-Germain (PSG) sedang merisik bintang Manchester City, Julian Alvarez yang dikatakan tidak ‘sebulu’ dengan pengurusnya, Pep Guardiola.

Penyerang berusia 24 tahun itu dikatakan terdesak untuk meninggalkan The Citizens dengan menyertai kelab baharu yang mampu menawarkan lebih banyak minit permainan kepadanya musim depan.

Sebagai rekod, Alvarez telah bermain 54 penampilan dalam semua kejohanan bersama City termasuk meledak 11 gol pada aksi Liga Perdana Inggeris (EPL) musim lalu.

Namun, kebanyakan penampilan tersebut datang dari bangku simpanan dengan pemenang Piala Dunia 2022 itu bergelut untuk mengekalkan tempat dalam kesebelasan utama setelah Erling Haaland dan Kevin De Bruyne bebas daripada kecederaan.

Situasi itu menarik perhatian beberapa kelab terkemuka Eropah termasuk Atletico dan PSG yang kini menunjukkan minat serius untuk mendapatkan tandatangan pemain tersebut.

Dalam masa sama, Chelsea turut dikatakan berminat untuk menyambar bekas penyerang River Plate itu, namun dijangka sukar kerana City pastinya tidak bersedia melepaskan aset mereka kepada salah satu pencabar kejuaraan musim depan.

Seandainya Alvarez benar-benar berhijrah pada jendela perpindahan selepas ini, ia pastinya satu tamparan besar buat Guardiola selepas beberapa pemainnya turut dikatakan mahu mencari angin baharu seperti De Bruyne, Ederson, Bernardo Silva dan Jack Grealish. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI