fbpx

Berhabis RM300,000 bina rumah simpan barang antik

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MOHD. NOOR dan Rubiah di kediaman mereka Rumah Klasik, Taman Mutiara, Juasseh, Kuala Pilah semalam. – NOR AINNA HAMZAH

KUALA PILAH – Bermula de­ngan niat ingin memulihara barangan pusaka milik ibu serta arwah bapa, seorang bekas pekerja kedutaan Australia sanggup melabur lebih RM300,000 bagi membina Rumah Klasik mempamerkan barangan antik di Taman Mutiara, Juasseh, di sini sejak 10 tahun lalu.

Kediaman Mohd. Noor Abdullah, 68, dan isteri, Rubiah Abdul Hamid, 72, sudah menjadi tumpuan lebih 50 pasangan pengantin baharu untuk merakamkan gambar dengan bayaran tertentu yang telah ditetapkan, selain peminat barangan antik.

Ujar Mohd, Noor yang mesra dipanggil Pak Uda, selain bara­ngan antik lokal, dia juga sanggup berhabis membeli barangan antik dari Indonesia seperti katil, pintu serta jam dan adakalanya mendapatkan barangan tersebut ketika bertugas di Australia.

“Sebenarnya bila sudah tinggal berdua dengan isteri (bersara dan anak sudah berkeluarga), balik rumah pusaka tengok barangan (antik) timbul perasaan menenangkan. Kebanyakan barangan dipamer ini milik ibu dan bapa seperti bagasi ketika mengerjakan haji, pinggan mang­kuk dan alat menyukat beras serta menuai padi.

“Namun, ada juga barangan yang ditemukan dalam tong sampah seperti kerusi dan hia­san kelarai. Ada juga pemberian kenalan. Macam kukur kelapa pusing tu, saya dapat dari kawan di London, jam pula dari kenalan di Australia.

“Saya minta pada mereka untuk disimpan sebagai tanda kenangan,” katanya ketika ditemui di sini semalam.

Dia yang mempunyai dua anak serta empat cucu berkata, ada beberapa individu terdiri daripada ahli politik serta kenalan yang menyokong minatnya itu serta memberi bantuan, selain sumbangan ikhlas pengunjung.

“Saya tidak menggalakkan kehadiran kanak-kanak kerana sudah terdapat empat pinggan antik yang pecah. Memang benar ada mahu ganti dengan wang, namun pinggan yang pe­cah tidak mungkin dapat diganti,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI