PETALING JAYA – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyampaikan sumbangan kepada seorang aktivis awal era reformasi yang kini menghidap penyakit buah pinggang tahap empat.
Anwar menerusi hantaran Facebook memaklumkan, sumbangan itu disampaikan oleh Setiausaha Politik beliau, Farhan Fauzi yang menziarahi Azman Hassan atau terkenal dengan panggilan Bob Kelana Jaya.
“Saudara Bob tidak lagi mampu bekerja seperti dahulu dan mengesankan punca pendapatannya terutama untuk menampung kos perawatan dialisis dan ubat.
“Sebagai sebahagian daripada kerangka Ziarah Madani, saudara Farhan telah melawat saudara Bob baru-baru ini dan telahpun menyampaikan sedikit sumbangan daripada pihak saya.
“Saya amat berharap saudara Bob dapat segera sembuh dan dipulihkan tahap kesihatannya, insya-Allah,” katanya hari ini. – KOSMO! ONLINE