fbpx

10 kontena terbakar di Pelabuhan Barat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anggota bomba sedang melakukan pemadaman pada kontena yang terbakar di Pelabuhan Barat.

KLANG – Sebanyak 10 buah kontena terbakar di Pelabuhan Barat, Pulau Indah di sini tengah hari tadi.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor, Wan Md. Razali Wan Ismail berkata, seramai 24 anggota termasuk pegawai bergegas ke lokasi kejadian sebaik menerima panggilan kecemasan kira-kira pukul 1.40 tengah hari.

Katanya, ini melibatkan bersama tujuh buah jentera termasuk Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) yang kesemuanya dari lima Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) iaitu Pulau Indah Pelabuhan Klang, Sungai Pinang, Andalas dan Shah Alam.

“Laporan awal menyatakan kebakaran melibatkan sebuah kontena dan telah musnah 100 peratus.

“Hasil pemeriksaan kebakaran itu melibatkan 10 buah kontena yang berukuran 3 meter.

“Kerja-kerja mengalihkan kontena yang terbakar dilakukan oleh pihak Pelabuhan Barat menggunakan kren,” katanya hari ini. -KOSMO!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI