PETALING JAYA – Sekumpulan individu dipercayai warga asing dilihat semakin berani apabila menukar meter air di sebuah kawasan di Selangor.
Menerusi satu video berdurasi 1 minit.29 saat itu, salah seorang daripada mereka dilihat menggunakan sejenis alatan iaitu playar untuk menukar meter air tersebut.
Tindakan itu menyebabkan ada penduduk yang berasa kurang senang dan meminta pihak berkuasa tempatan (PBT) dan imigresen supaya mengambil tindakan tegas terhadap golongan tersebut.
“Datang ke tempat orang semua nak free (percuma) tetapi dengan warga tempatan tunjuk samseng,” kata @timojili_s18101.
“Semakin hari semakin berani. Harap ada pihak berkuasa yang mengambil tindakan tegas dengan segera,” komen @kamaljauha844.
Malah ada pengguna aplikasi X yang meminta Pengurusan Air Selangor untuk melakukan siasatan dan pemantauan berhubung perkara tersebut.
“@air_selangor, mohon siasat,” komen @Ahazeman.
“Pengurusan Air Selangor tolong pantau dan buat pemeriksaan pasal kes ni,” komen @marliaabuc614. – KOSMO! ONLINE.