fbpx

[VIDEO] Uniform Azza Fahmi penuh kesan koyak undang hiba

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Keadaan baju Allahyarham Azza Fahmi yang penuh dengan kesan tetakan dan koyak akibat diserang oleh suspek dalam insiden pencerobohan di Balai Polis Ulu Tiram, Johor Bahru pada 17 Mei lalu.

PETALING JAYA – “Untuk kali yang terakhir dapat sentuh baju wira negara. Wanginya…Berehatlah Allahyarham Ahmad Azza Fahmi Azhar.”

Demikian luahan sayu seorang wanita yang berkongsi pakaian terakhir dipakai Konstabel Azza Fahmi, 22, yang terkorban dalam serangan berdarah di Balai Polis Ulu Tiram, Johor Bahru pada 17 Mei lalu.

Kejadian tragis itu turut mengorbankan rakan sepasukannya, Konstabel Muhamad Syafiq Ahmad Said, 24.

Allahyarham Azza Fahmi mengalami kecederaan akibat ditetak pada bahagian belakang leher dan kepala.

Menerusi video yang dimuat naik di TikTok @choophia semalam, wanita itu menyifatkan pakaian seragam Allahyarham Azza Fahmi berbau wangi.

Selain itu, terdapat kesan koyakan pada pakaian berwarna biru tersebut.

Kongsi wanita itu, kesemua pakaian milik arwah telah dicuci berkali-kali sehingga bersih dan disimpan dalam plastik sebelum dipulangkan kepada keluarga Allahyarham.

Dalam pada itu, perkongsian wanita terbabit turut mendapat perhatian ramai dan sehingga kini telah meraih lebih 1.8 juta tontonan dan 89,100 tanda suka.

“Tak boleh bayangkan kecederaan arwah, kalau tengok baju itu banyak kesan koyak. Al-Fatihah buat Azza Fahmi, semoga tenang,” kata @amekLin’Only.

“Al-Fatihah buat arwah adik Azza Fahmi. Sebak dada, rasa sedih lihat baju arwah di video ini. Semoga arwah ditempatkan di sisi orang-orang yang Allah sayangi dan kasihi,” luah @risajiha. – KOSMO! ONLINE

@choophia Untuk kali yg terakhir dapat sentuh baju wira negara . Wanginya 😔 Berehat lah Allahyarham Ahmad Azza Fahmi Bin Azhar 🫡 #17Mei2024 #balaipolisulutiram ♬ Pergi selamanya – ꧁ 𝑹.𝒌𝒂𝒚_𝑶𝒇𝒇𝒊𝒄𝒊𝒂𝒍 ꧂

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI