fbpx

[VIDEO] Ini semua fitnah! proses reman ibu bapa Zayn Rayyan kecoh

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ibu bapa kepada Zayn Rayyan ketika dibawa ke Mahkamah Majistret Petaling Jaya, hari ini. - Foto oleh AFIQ RAZALI / KOSMO!

PETALING JAYA – Ibu bapa kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan Abdul Matiin, 6, yang direman mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan tiba di Mahkamah Majistret di sini sebentar tadi.

Bagaimanapun semasa dibawa masuk ke mahkamah berlaku kekecohan apabila ada individu yang menjerit mengatakan “ini adalah fitnah, selain “Isma, Zaim be strong”.

Terdahulu pasangan itu dibawa ke mahkamah pukul 9.30 pagi. Hari ini merupakan tamat tempoh reman tujuh hari terhadap pasangan itu selepas mereka ditahan pada Jumaat minggu lalu.

Sebelum ini pasangan itu ditahan dan direman tujuh hari hingga 7 Jun ini di Mahkamah Petaling Jaya bagi membantu siasatan pembunuhan kanak-kanak autistik itu.

Kedua-dua pasangan berusia 28 tahun itu direman bagi siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang mana sebelum itu mereka ditahan di sekitar Puncak Alam.

Pada 7 Disember tahun lalu, Zayn Rayyan ditemui meninggal dunia di anak sungai, berhampiran kawasan Apartment Idaman, Damansara Damai sekitar pukul 10 malam.

Mayat mangsa ditemui oleh kumpulan penduduk kira-kira 200 meter dari blok kediamannya. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI