fbpx

[VIDEO] Ibu bapa Zayn Rayyan sambung reman enam hari lagi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ibu bapa Zayn Rayyan tiba di Mahkamah Majistret Petaling Jaya hari ini susulan permohonan sambung reman oleh polis. - Foto oleh AFIQ RAZALI / KOSMO!

PETALING JAYA – Mahkamah Majistret di sini hari ini membenarkan reman terhadap ibu bapa kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan Abdul Matiin, 6, disambung lagi selama enam hari.

Perkara itu dimaklumkan peguam Fahmi Abd. Moin yang mewakili pasangan itu ketika ditemui selepas prosiding di sini sebentar tadi.

Menurut peguam itu, perintah reman baharu tersebut dikeluarkan Majistret Ainaa Muhamad Kamal dan akan tamat pada Rabu.

Terdahulu, prosiding sambung reman pasangan itu ketika dibawa ke Mahkamah Majistret di sini berlaku kekecohan apabila ada individu yang menjerit mengatakan “Ini adalah fitnah, selain “Isma, Zaim be strong”.

Terdahulu pasangan itu dibawa ke mahkamah pukul 9.30 pagi. Hari ini merupakan tamat tempoh reman tujuh hari terhadap pasangan itu selepas mereka ditahan pada Jumaat minggu lalu.

Sebelum ini pasangan itu ditahan dan direman tujuh hari hingga 7 Jun ini di Mahkamah Petaling Jaya bagi membantu siasatan pembunuhan kanak-kanak autistik itu.

Kedua-dua pasangan berusia 28 tahun itu direman bagi siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang mana sebelum itu mereka ditahan di sekitar Puncak Alam.

Pada 7 Disember tahun lalu, Zayn Rayyan ditemui meninggal dunia di anak sungai, berhampiran kawasan Apartment Idaman, Damansara Damai sekitar pukul 10 malam.

Mayat mangsa ditemui oleh kumpulan penduduk kira-kira 200 meter dari blok kediamannya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI