fbpx

Saya tak pernah terbabit dengan pelaburan dalam talian – Shila Amzah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SHILA nafi terlibat dalam aktiviti perdagangan dalam talian.

PETALING JAYA – Penyanyi Shila Amzah naik berang apabila tiba-tiba sahaja namanya dipetik terlibat dalam aktiviti pelaburan atas talian.

Tampil menafikan penglibatannya dalam dakwaan palsu tersebut, Shila yang kini masih berpantang selepas melahirkan anak kedua, menyeru orang ramai agar tidak mudah percayakan mana-mana iklan berhubung pelaburan mengaitkan namanya.

Shila atau nama lengkapnya Nurshahila Amir Amzah, 34, menyifatkan dakwaan tersebut tidak masuk akal apabila lebih kepada mengajak orang ramai melabur untuk cepat kaya.

This is beyond stupid (ini melampaui kebodohan). Saya nak menegaskan bahawa saya tidak pernah masuk apa-apa ‘trading’.

“Sebarkan terutama kepada mak cik, pak cik yang sudah terpedaya benda-benda macam ini.

“Mana ada benda masukkan duit ke sesuatu tempat dan tiba-tiba jadi kaya,” katanya menerusi Instagram.

Terdahulu, dalam perkongsian di sebuah laman web, terdapat pihak tidak bertanggungjawab menunjukkan kenyataan Shila yang dikatakan memperolehi wang dalam sekelip mata menerusi satu skim pelaburan dalam talian.

Sejak saya menemui tentang Trade Definity V8, saya tiada duit lebih untuk diri sendiri kerana kita perlu menghadapi pandemik Covid-19.

“Saya perlu guna kad kredit lama dan semuanya bermula dari situ,” tulis sebuah portal.

Dalam iklan promosi berkenaan, penyanyi Patah Seribu itu dikatakan telah menghabiskan masa berborak selama 30 minit dan kemudian mendapati duit menjadi lebih banyak sejak menyertai aktiviti perdagangan tersebut. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI