PETALING JAYA – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menghulurkan sumbangan kepada bekas pemain bola sepak kebangsaan, Azman Adnan.
Sumbangan tersebut telah disampaikan oleh Setiausaha Politiknya, Farhan Fauzi di kediaman Azman semalam.
Menurut perkongsian di laman Facebooknya, Anwar memaklumkan bahawa bekas penyerang sensasi Selangor kini menderita sakit tulang kaki.
Malah kata beliau, Azman memerlukan rawatan fisioterapi berkala selain beberapa masalah kesihatan lain yang menyukarkannya melakukan kerja-kerja berat dan terputus sumber pendapatan.
“Saudara Farhan Fauzi turut menyampaikan sumbangan bagi pihak saya bagi membantu urusan harian dan perubatan beliau. Semoga saudara Azman cepat sembuh, insya-Allah,” tulisnya. – KOSMO! ONLINE