fbpx

PM Britain mohon maaf 

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SUNAK dan isteri, Akshata Murty tiba untuk menghadiri majlis kerajaan Britain di Normandy,  Perancis semalam. – AFP 

LONDON – Perdana Menteri Rishi Sunak hari ini memohon maaf kerana meninggalkan majlis peringatan D-Day lebih awal bagi menghadiri wawancara televisyen semasa kempen pilihan raya umum Britain.

Ahli-ahli politik pembangkang menuduh Sunak memalukan pejabat Perdana Menteri kerana mengetepikan memorial antarabangsa bersama barisan pemimpin dunia lain yang diadakan  di Normandy, Perancis semalam.

Sunak menghadiri sebuah majlis kerajaan Britain sebelum pulang ke tanah air dan tidak hadir pada acara utama di Pantai Omaha yang dihadiri Presiden Perancis, Emmanuel Macron dan rakan sejawatnya dari Amerika Syarikat, Joe Biden.

“Selepas majlis Britain di Normandy selesai, saya pulang ke Britain.

“Memikirkannya semula, ia satu kesilapan untuk tidak berada lebih lama di Perancis dan saya minta maaf,” kata Sunak dalam satu kenyataan di platform X. 

Sunak diwawancara oleh saluran berita ITV News yang akan ke udara pada Rabu ini.

Salah seorang pemimpin pembangkang Britain, Jonathan Ashworth menuduh Sunak mementingkan hal peribadi berbanding veteran tentera Britain.

Seorang lagi pemimpin pembangkang, Ed Davey pula berkata, Sunak ‘mengundang malu’ kepada pejabat Perdana Menteri dan menghampakan Britain. – AFP 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI