fbpx

Pemuda dituduh setubuh luar tabii dengan kanak-kanak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
TERTUDUH diiringi anggota polis ketika dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Alor Gajah, Melaka. - Foto oleh MUHAMMAD SHAHIZAM TAZALI / KOSMO!

ALOR GAJAH – Seorang pemuda mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini, hari ini atas pertuduhan melakukan seks songsang terhadap kanak-kanak lelaki di kawasan semak, tahun lalu.

Tertuduh, Muhammad Aiman Shah Ghazali, 22, membuat pengakuan itu di hadapan Hakim Nariman Badruddin.

Pemuda itu didakwa dengan sengaja melakukan persetubuhan luar tabii terhadap mangsa yang berusia 10 tahun tanpa persetujuannya pada pukul 2 hingga 3 petang di kawasan semak belakang sebuah pasar raya di Alor Gajah pada 4 Mei 2023.

Timbalan Pendakwa Raya, Muhamad Ehsan Nasarudin mencadangkan jaminan RM40,000, namun tertuduh merayu jaminan yang rendah kerana tidak berkemampuan dan perlu menjaga neneknya yang menghidap penyakit angin ahmar.

Mahkamah membenarkan tertuduh diikat jamin RM15,000 berserta syarat tambahan dilarang mengganggu mangsa sehingga kes selesai dan menetapkan 9 Julai depan untuk serahan dokumen serta melantik peguam. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI