fbpx

Pembinaan infrastruktur Skuadron Hawk TUDM di Labuan siap sepenuhnya – KKR

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Alexander ketika menyerahkan projek pembinaan infrasktruktur untuk perpindahan Skuadron Hawk Pangkalan Udara TUDM di Wilayah Persekutuan Labuan hari ini.

PETALING JAYA – Kementerian Kerja Raya (KKR) telah menyerahkan projek pembinaan infrastruktur untuk perpindahan Skuadron Hawk Pangkalan Udara TUDM di Wilayah Persekutuan Labuan kepada Kementerian Pertahanan hari ini.

Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi berkata, projek berkenaan telah bermula pada 15 Oktober 2019 dan telah berjaya disiapkan sepenuhnya pada 15 Mac lalu.

Beliau berkata, projek itu telah menelan kos kira-kira RM19.2 Juta.

“Antara skop kerja yang berkaitan adalah menaiktaraf bangunan HQ (ibu pejabat) sedia ada, firstline, garaj & computer based training (CBT) dan Pejabat Aircraft Ground Support Equipment/Vehicle (AGSE/AGSV)

“Selain itu, ia turut melibatkan projek pembinaan bangunan HQ baharu, blok bujang dan kerja-kerja pavemen di Taxiway Bravo dan Taxiway Alpha,”tulisnya di laman Facebook.

Mengulas lanjut, Alexander berkata, diharap projek itu dapat memberikan impak yang positif kepada Kementerian Pertahanan dalam memastikan peningkatan keupayaan pesawat Hawk dalam melaksanakan penugasan operasi di Sabah, Sarawak dan Labuan.

“Paling penting adalah meningkatkan keselamatan dan keamanan wilayah Sabah, Sarawak dan Labuan,”katanya.-KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI