fbpx

Pemandu lori langgar pejalan kaki ada 100 rekod saman trafik

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SEORANG pejalan kaki maut dilanggar lori yang sedang mengundur di kawasan kilang di Jalan Lahat-Simpang Pulai, Ipoh semalam.

IPOH – Pemandu lori yang melanggar seorang pejalan kaki ketika sedang mengundurkan kenderaan di kawasan kilang di Jalan Lahat-Simpang Pulai dekat sini semalam, mempunyai 100 rekod saman pelbagai kesalahan jalan raya.

Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Abang Zainal Abidin Abang Ahmad berkata, daripada jumlah itu, tiga saman yang dikeluarkan ke atas lelaki berusia 44 tahun itu membabitkan kes kemalangan jalan raya.

Katanya, semakan ke atas lori terlibat nahas itu pula mendapati terdapat 10 saman terkumpul bagi kenderaan berkenaan.

“Kemalangan pada pukul 1.30 petang itu melibatkan seorang pejalan kaki warga tempatan berusia 66 tahun.Kejadian berlaku ketika pemandu lori itu sedang mengundurkan kenderaan tanpa dia menyedari mangsa berdiri di belakang.

“Akibat pelanggaran itu, mangsa maut di lokasi kejadian akibat kecederaan parah di bahagian dada dan perut. Mayat mangsa dihantar ke Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) untuk bedah siasat,” katanya di sini hari ini.- KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI