fbpx

Patung Boba Fett berharga lebih RM2 juta

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Patung Boba Fett ini menjadi alat mainan vintaj paling berharga di dunia. – Heritage Auctions

WASHINGTON – Sebuah patung mainan menampilkan watak dalam filem sains fiksyen Star Wars dilelong pada harga tertinggi berjumlah AS$525,000 (RM2.4 juta), lapor agensi berita United Press International kelmarin.

Patung Boba Fett berukuran tinggi 9.5 sentimeter itu kini bergelar mainan vintaj paling mahal dan berharga di dunia.

Firma lelongan Heritage Auctions berkata, mainan tersebut mengalahkan rekod yang dipegang oleh patung Barbie bertatahkan berlian 1 karat yang dilelong pada harga AS$302,000 (RM1.4 juta) pada 2010.

Patung Boba Fett itu adalah satu daripada dua contoh yang dihasilkan untuk barisan patung mainan Star Wars keluaran syarikat Kenner dalam tahun 1970-an. Ia masih dalam keadaan baik.

“Patung Boba Fett penembak roket suatu masa dahulu menjadi ikon mitos yang diketahui di seluruh dunia meskipun mereka bukan pengumpul memorabilia Star Wars.

“Kami tahu patung ini mempunyai peluang untuk dimasukkan ke dalam buku rekod dunia dan kami teruja melihat ia menjadi mainan paling berharga di dunia,” kata Naib Presiden Eksekutif Heritage Auctions, President Joe Maddalena. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI