fbpx

Nur Izzuddin-Sze Fei hampir jinakkan pemain No. 2 dunia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
BEREGU negara, Nur Izzuddin Rumsani-Goh Sze Fei beraksi cemerlang Kejohanan Badminton Terbuka Arctic. ?'

KUALA LUMPUR – Hanya kerana kesilapan kecil telah memusnahkan harapan beregu negara, Nur Izzuddin Rumsani-Goh Sze Fei untuk melangkah ke pentas separuh akhir Kejohanan Badminton Terbuka Indonesia selepas tumpas ditangan beregu ranking No. 2  dunia dari China, hari ini.

Pada perlawanan di Istora Senayan, Jakarta tersebut, gandingan negara itu memperagakan permainan cukup baik apabila ‘menjinakkan’ gandingan China, Liang Wei Keng-Wang Chang menerusi kemenangan di set pertama 21-18.

Bagaimanapun, impian Nur Izzuddin-Sze Fei untuk menamatkan perlawanan tersebut dengan kemenangan straight set tidak kesampaian apabila gandingan China tersebut bangkit menerusi kemenangan 21-19 di set kedua sekali gus mengheret aksi itu ke set penentuan.

Di set penentuan, perlawanan semakin mendebarkan apabila kebangkitkan yang dicetuskan beregu negara dengan mengikat keputusan 19-19 gagal untuk menyekat Wei Keng-Wang Chang selepas gandingan China itu memuktamadkan perlawanan itu dengan kemenangan 21-19.

“Saya fikir, kami sudah bermain dengan baik di set pertama tetapi di penghujung set kedua, kami terutamanya saya, sedikit hilang fokus dan juga keyakinan.

“Sudah tentu kami kecewa dengan keputusan ini, tetapi yang penting kami sudah melakukan yang terbaik,” kata Tze Fei kepada BWF selepas perlawanan.

Kekalahan di suku akhir ini adalah yang ketiga berturut-turut buat gandingan ranking ke-13 dunia itu selepas turut kecundang di Terbuka Singapura dan Malaysia Masters. -KOSMO! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI