fbpx

Naik ‘lif’ untuk melancong ke angkasa lepas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
GAMBARAN 'lif' gergasi dari Bumi. - Foto Perbadanan Obayashi

TOKYO –  Pelancong angkasa lepas boleh melancong setinggi  35,405 kilometer dari Bumi dengan hanya menekan  butang ‘lif’, lapor portal berita The Sun semalam.

Projek ‘lif’ gergasi bernilai AS$100 bilion (RM469.57 bilion) itu juga boleh mula membawa pelancong ke Planet Marikh menjelang 2050, kata penciptanya, Perbadanan Obayashi dari Jepun. 

“Daripada mengambil masa enam hingga lapan bulan untuk sampai ke Marikh, saintis telah menganggarkan pengangkut angkasa lepas yang boleh membawa kita ke sana (Marikh) dalam masa tiga hingga empat bulan atau paling cepat selama 40 hari,” lapor portal berita Business Insider.

Idea itu digambarkan sebagai pelik, mencabar dari segi teknikal dan berisiko kerana penambatannya perlu berada di bawah ketegangan yang cukup untuk tidak terjejas oleh kejadian cuaca ekstrem, kata seorang saintis.

Perbadanan Obayashi, firma di sebalik bangunan ikonik seperti menara Tokyo setinggi 609 meter telah mencadangkan pembinaan ‘lif’ angkasa yang boleh dilaksanakan secara teknikal.

“Ia akan merapatkan jurang antara Bumi dan angkasa melalui kabel, membolehkan orang ramai melakukan perjalanan ke dan dari angkasa lepas  dengan mudah seolah-olah mereka menaiki kereta api, ” kata firma itu. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI