fbpx

Malaysia, negara anggota WHO diberi ‘cooling period’ teliti draf IHR

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Dzulkefly (dua dari kanan) ketika meninjau Klinik Kesihatan (Jenis 3) Air Putih di Balik Pulau, hari ini.

BALIK PULAU – Malaysia berserta 194 negara anggota Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) yang menandatangani Peraturan-Peraturan Kesihatan Antarabangsa (IHR), awal Jun lalu diberikan tempoh ‘cooling period’ selama 10 bulan untuk meneliti draf IHR di negara masing-masing.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. Dzulkefly Ahmad berkata, draf IHR yang telah ditandatangani itu bukan sesuatu yang dimuktamadkan memandangkan negara anggota masih diberikan masa untuk menyatakan pandangan masing-masing berhubung IHR.

“Pada 1 Jun iaitu pada hari akhir Perhimpunan Kesihatan Sedunia ke-77 (di Geneva), boleh saya rumuskan bahawa semua negara anggota telah menandatangani IHR, namun ia tidak merupakan sesuatu yang sifatnya muktamad atau tuntas.

“Maka semua negara anggota iberikan satu ‘cooling period’ selama 10 bulan untuk kembali menyatakan apa-apa pandangan yang kemudiannya diteliti di negara masing-masing,” katanya dalam sidang akhbar selepas merasmikan Klinik Kesihatan (Jenis 3) Air Putih di sini, hari ini.

Sebelum ini, pelbagai pihak antaranya Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) menuntut kerajaan turut membantah Pandemik Triti Pertubuhan Kesihatan Sedunia Perjanjian Konvensyen (WHO CA+) dan pindaan Regulasi Kesihatan Antarabangsa (IHR 2005) kerana dikhuatiri akan mengancam kedaulatan negara.

Bagaimanapun, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menjelaskan Malaysia berpegang kepada prinsip kesaksamaan dan solidariti untuk dilaksanakan dalam semakan Peraturan-Peraturan Kesihatan Antarabangsa (IHR) serta perjanjian pandemik.

Mengulas lanjut, Dzulkefly berkata, beberapa siri perjumpaan dengan negara anggota yang menjadi ahli WHO juga akan diadakan selepas ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI