fbpx

‘Kontena terbang’: Pengarah syarikat, pegawai kerajaan direman

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Antara individu yang dibawa ke Mahkamah Majistret Putrajaya bagi perintah reman pagi tadi. - Foto SPRM

PUTRAJAYA – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan reman tujuh individu selepas disyaki bersekongkol dengan sindiket penyeludupan barangan import di Pelabuhan Klang sehingga menyebabkan ketirisan cukai berjumlah RM3.5 bilion.

Menurut sumber, suspek terdiri daripada dua wanita dan lima lelaki berusia dalam lingkungan 30 hingga 50-an ditahan dalam Ops Transit petang semalam di beberapa lokasi sekitar Pelabuhan Klang.

Susulan penahanan itu, tiga pegawai agensi penguat kuasa, pengarah syarikat dan pekerja syarikat dibawa ke Mahkamah Majistret di sini pagi tadi.

Menurut sumber, perintah reman selama tiga hari bermula hari ini dikeluarkan Majistret Irza Zulaikah Rohanuddin.

“Sindiket ini dipercayai membuat pengisytiharan palsu dalam borang kastam bagi mengelak dikenakan cukai dan pengimportan barangan yang memerlukan permit import beberapa agensi seperti Suruhanjaya Tenaga dan Jabatan Perkhidmatan Kuarantin Dan Pemeriksaan Malaysia.

“Dalang sindiket ini warga Singapura dan masih berada di luar negara kerana bercuti bersama keluarga.

“Susulan tangkapan itu, SPRM membekukan sembilan akaun bank milik syarikat dan individu terbabit,” katanya.

Hasil operasi yang dijalankan SPRM dan Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Rabu lalu berjaya menahan 19 buah kontena mengandungi pelbagai barangan import.

Sebanyak lima kontena yang dibuka didapati mengandungi barangan bercukai termasuk lampu diod pemancar cahaya (LED), lampu solar dan tin daging babi yang diproses.

Kesemua kontena tersebut diisytiharkan sebagai barangan import termasuk kerusi roda, tekstil dan tandas duduk bagi mengelakkan cukai.

Anggaran nilai 19 kontena yang ditahan termasuk cukai adalah RM10 juta.

Sementara itu, Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM, Datuk Seri Ahmad Khusairi Yahaya berkata, kes disiasat di bawah Seksyen 17(b) dan Seksyen 16(a) Akta SPRM 2009 serta Akta Pengubahan Wang Haram 2001.

“Hasil perbincangan dengan Ketua Pengarah JKDM, Datuk Anis Rizana Mohd. Zainudin, kes yang melibatkan ikrar palsu dan lain-lain kesalahan di bawah Akta Kastam 1967 akan dikendalikan oleh pihak JKDM.

“Lembaga Hasil Dalam Negeri pula akan meneliti seluruh aspek pembayaran cukai syarikat dan individu yang terlibat,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI