fbpx

Kisah hebat Jun Hao tamat di suku akhir

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
JUN HAO terpaksa akur gagal melangkah ke separuh akhir Terbuka Indonesia.

KUALA LUMPUR – Impian pemain perseorangan ketiga negara, Leong Jun Hao untuk melangkah ke pentas separuh akhir di Kejohanan Badminton Terbuka Indonesia tidak kesampaian apabila tumpas di tangan pemain ranking No. 4 dunia, Li Shi Feng hari ini.

Pada aksi yang berlangsung di Istora Senayan, Jakarta tersebut, Jun Hao yang turun dengan misi juara mempamerkan aksi cukup baik pada set pertama apabila mengejar mata demi mata namun terpaksa akur tewas 11-21 dalam tempoh 17 minit ke atas pilihan keenam kejohanan itu.

Tersentak dengan keadaan tersebut, Jun Hao yang juga pemain ranking No. 32 dunia itu mula mengatur rentak dengan perlawanan lebih agresif pada set kedua namun usaha untuk mengheret perlawanan ke set penentuan gagal selepas tumpas 12-20.

“Hari ini perlawanan yang sukar dan dia adalah pemain yang terbaik. Tidak mudah untuk mematahkan permainanya. Saya cuba untuk mengubah strategi tetapi tidak berhasil,” katanya kepada BWF hari ini.

Ini adalah kekalahan ketiga berturut-turut Jun Hao ke atas Shi Feng yang kesemuanya menerusi keputusan straight-set.

Di Piala Thomas, Shi Feng hanya memerlukan 47 minit untuk melakar kemenangan 21-17, 21-10 ke atas pemain Malaysia tersebut.

Cubaan Jun Hao untuk menebus kekecewaan di Malaysia Masters juga gagal apabila tumpas straight-set 21-15, 21-16.

Biarpun tewas, pujian harus diberikan kepada kepada Jun Hao kerana dia telah mempamerkan aksi cukup baik di Terbuka Indonesia terutama membenam juara All England dan Asia, Jonatan Christie dan turut menyingkirkan pemain No. 11 dunia dari Taiwan, Chou Tien Chen sekali gus melangkah ke suku akhir.

Dalam pada itu, Tan Kian Meng-Lai Pei Jing melakukan kejutan apabila lolos ke pentas separuh akhir Terbuka Indonesia selepas mengatasi gandingan dari Korea Selatan, Kim Won Ho-Jeong Na Eun 21-8, 21-19 dalam tempoh 39 minit

Hasil kemenangan tersebut, Kian Meng-Lai Pei Jing akan berdepan pasangan pilihan No. 5 dari China, Jiang Zhen Bang-Wei Ya Xin esok. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI