fbpx

Arab Saudi sambut Aidiladha Ahad depan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ibadah wukuf di Arafah menuntut jemaah haji untuk menyedari tujuan manusia diciptakan sebagai mana yang dipesan oleh Syibli. – GAMBAR HIASAN

PETALING JAYA – Kerajaan Arab Saudi mengumumkan 1 Zulhijjah 1445H/2024M jatuh pada hari ini, sekali gus jemaah haji dari seluruh dunia akan mula berwukuf di Arafah pada 15 Jun ini (9 Zulhijjah) dan Hari Raya Aidiladha disambut pada keesokannya.

Ketua Rombongan Haji Malaysia, Datuk Seri Syed Saleh Syed Abdul Rahman berkata, kesemua 31,600 jemaah haji Malaysia akan berangkat ke Arafah pada 14 Jun bersamaan 8 Zulhijjah.

“Hadis Rasullullah SAW telah pun menyebut, bahawa tiada hari yang paling istimewa melainkan 10 hari yang pertama dalam bulan Zulhijjah.

“Alhamdulillah kita berada di muka bumi Mekah ini untuk menyambut 10 hari istimewa Zulhijjah ini sebagai tetamu Allah, semoga ianya memberi keberkatan kepada kita semua. Insya-Allah,” katanya dalam satu video yang dikongsikan di laman TikTok.

Terdahulu, Syed Saleh berkata, sebanyak 50 peratus daripada 31,600 jemaah haji Malaysia akan melaksanakan Nafar Awwal dan selebihnya Nafar Thani bagi musim haji tahun ini.

Katanya, 15,800 jemaah haji akan melaksanakan Nafar Awwal dan meninggalkan Mina pada 12 Zulhijjah sebelum matahari terbenam, manakala Nafar Thani pada 13 Zulhijjah.

“Ini sebagai langkah bagi mengurangkan kesesakan di Mina dan melancarkan pergerakan jemaah haji pulang ke penginapan,” katanya. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI