RIYADH – Arab Saudi mengumumkan bahawa ibadah haji tahun 2024 bermula pada 14 Jun ini selepas balai-balai cerap di negara berkenaan melihat anak bulan petang semalam.
Mahkamah Agung menyatakan, bulan terakhir kalendar Islam, Zulhijah bermula hari ini, demikian menurut agensi berita rasmi Saudi Press (SPA).
Ibadah haji adalah salah satu rukun Islam dan umat Islam perlu mengerjakannya sekurang-kurangnya sekali dalam seumur hidup.
Kemuncak haji bermula pada hari kedua ibadah berkenaan apabila jemaah haji berhimpun di Padang Arafah di mana Nabi Muhammad memberikah khutbah terakhir baginda.
Hari Arafah pula bermula pada 15 Jun tahun ini, diikuti Hari Raya Aidiladha pada keesokan harinya, kata SPA.
Menurut angka rasmi, lebih 1.8 juta orang Islam mengerjakan ibadah haji pada tahun lalu.
“Seramai 1.2 juta jemaah dari pelbagai negara telah berada di Arab Saudi untuk menunaikan haji pada tahun ini,” kata Menteri Haji dan Umrah Arab Saudi, Tawfiq al-Rabiah semalam. – AFP