fbpx

Euro 2024: Switzerland digelar ‘giant killer’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
XHAKA

WALAUPUN sukar untuk menyenaraikan Switzerland sebagai pasukan pencabar kejuaraan, namun negara itu sentiasa membekalkan pemain-pemain berbakat yang sentiasa mendapat pengiktirafan di peringkat global.

Sebut saja pemain seperti Manuel Akanji, Fabian Schar, Ricardo Rodriguez, Denis Zakaria, Granit Xhaka, Xherdan Shaqiri dan Breel Embolo, pastinya ramai yang mengenali mereka.

Deretan pemain berbakat ini sudah cukup untuk meletakkan Switzerland sebagai ‘pengacau’ pada edisi 2024 dan rekod lampau sudah membuktikan anak buah Murat Yakin mampu untuk mencipta kejutan besar.

“Kami akan lakukan segala-galanya untuk pastikan kami bersedia untuk menghadirkan kejayaan buat negara kami di Euro nanti.

“Kami akan melihat daripada pelbagai perkara yang perlu diperbaiki. Bercakap mengenai masa depan, sudah pasti kami mahu memiliki hala tuju sendiri,” kata Yakin.

Elemen konsisten menjadi impian besar buat peminat Switzerland memandangkan rekod pada dua edisi terdahulu mereka mampu melepasi peringkat kumpulan di mana pencapaian terbaik suku akhir yang dilakukan empat tahun lalu.

Bukti terdekat pastinya lebih menjurus kepada kemenangan 5-4 ke atas Perancis pada penentuan sepakan penalti pada pusingan 16 terbaik Euro 2020, malah di suku akhir mereka juga hampir mengejutkan satu lagi jaguh bola sepak Eropah iaitu Sepanyol.

Jadi pencapaian itu sudah memadai untuk memberikan sedikit harapan kepada Switzerland untuk menghadirkan keputusan lebih baik pada saingan kali ini.

Empat kemenangan, lima seri dan hanya sekali kalah di pusingan kelayakan juga membuktikan bahawa skuad kali ini sarat dengan pengalaman dan tidak mustahil jika ada yang menagih kejutan pada penyertaan di Jerman kali ini.

Prestasi dipamerkan Xhaka ketika membantu Bayer Leverkusen muncul juara Bundesliga turut menjadi ‘pedoman’ buat Switzerland untuk mengulangi pencapaian sama bersama skuad kebangsaan.

Penampilan Switzerland juga menarik untuk disaksikan memandangkan mereka diundi dalam Kumpulan A Bersama tuan rumah, Jerman, Scotland dan Hungary.

Yakin dijangka mempertaruhkan forasi 3-4-1-2 sambil mengekalkan Yann Sommer sebagai penjaga gol utama.

Akanji, Nico Elvedi dan Rodriguez mungkin sudha dijangka akan mengisi tempat di barisan belakang sambil Xhaka, Ruben Vargas, Remo Freuler serta Dan Ndoye memainkan peranan selaku jeneral tengah.

Shaqiri, Zeki Amdouni dan Noah Okafor pula akan berperanan sebagai penggempur pasukan.

INFO

JURULATIH: Murat Yakin
GELARAN: Red Crosses
PENCAPAIAN: Suku akhir (2020)
RANKING: No.19 dunia
KUMPULAN: A (Jerman, Scotland, Hungary)

SENARAI PEMAIN

PENJAGA GOL
Marvin Keller (Winterthur)
Gregor Kobel (Borussia Dortmund)
Pascal Loretz (Luzern)
Yvon Mvogo (Lorient)
Yann Sommer (Inter Milan)

PERTAHANAN
Manuel Akanji (Manchester City)
Nico Elvedi (Borussia Mönchengladbach)
Albian Hajdari (Lugano)
]Kevin Mbabu (Augsburg)
Ricardo Rodriguez (Torino)
Fabian Schär (Newcastle United)
Leonidas Stergiou (VfB Stuttgart)
Silvan Widmer (Mainz 05)
Cédric Zesiger (VfL Wolfsburg)

TENGAH
Michel Aebischer (Bologna)
Uran Bislimi (Lugano)
Remo Freuler Bologna)
Ardon Jashari (Luzern)
Fabian Rieder (Rennes)
Xherdan Shaqiri (Chicago Fire FC)
Vincent Sierro (Toulouse)
Filip Ugrinic (Young Boys)
Granit Xhaka (Bayer Leverkusen)
Denis Zakaria (Monaco)

PENYERANG
Zeki Amdouni (Burnley)
Kwadwo Duah (Ludogorets Razgrad)
Breel Embolo (Monaco)
Dan Ndoye (Bologna)
Noah Okafor (Milan)
Renato Steffen (Lugano)
Ruben Vargas (Augsburg)
Andi Zeqiri (Genk)
Steven Zuber (AEK)

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI