fbpx

Dua warga emas jual 25,210 baja tanpa lesen

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ANTARA baja yang diperiksa sebelum dirampas dari sebuah kilang di Kawasan Perindustrian Tangkak, Johor selepas disyaki menjual barang kawalan tanpa lesen.

MUAR – Dua lelaki warga emas ditahan selepas dipercayai terlibat dalam kegiatan menjual baja tanpa lesen di Kawasan Perindustrian Tangkak dekat sini semalam.

Pengarah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Johor, Lilis Saslinda Pornomo berkata, kegiatan suspek terbongkar hasil risikan pasukan Cawangan KPDN Muar sejak sebulan lalu.

Menurutnya, kedua-dua suspek yang ditahan berusia 60-an merupakan pemilik gudang dan kilang terbabit.

“Hasil pemeriksaan Ops Barang Kawalan yang dilakukan mendapati premis pertama iaitu sebuah gudang disyaki menjalankan operasi perniagaan borong baja tanpa memiliki lesen barang kawalan berjadual.

“Sebanyak 3,942 unit baja pelbagai jenis telah dirampas yang dianggarkan bernilai RM300,060.

“Dalam operasi kedua di sebuah kilang pula, KPDN merampas sebanyak 25,210 unit baja pelbagai jenis dengan nilai rampasan dianggarkan mencecah sehingga RM472,927.50,” katanya dalam satu kenyataan semalam.

Lilis Saslinda berkata, hasil daripada kedua-dua pemeriksaan ini mendapati 29,152 unit baja pelbagai jenis dirampas dengan nilai keseluruhan rampasan dianggarkan bernilai RM772,987.50. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI