fbpx

Baling pasu pagar balai polis, dua remaja mengaku salah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PETALING JAYA – Dua lelaki berusia 17 tahun yang ditahan kerana membaling pasu ke arah pagar Balai Polis Serdang minggu lalu mengaku salah di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan khianat.

Kedua-dua mereka yang merupakan pesalah juvana membuat pengakuan bersalah itu di hadapan Majistret Farah Azura Mohd. Saad dalam prosiding secara tertutup.

Mereka didakwa melakukan khianat dengan merosakkan kereta jenis Proton Saga milik mangsa berusia 18 tahun sehingga kerugian RM500 di hadapan Balai Polis Serdang pada pukul 6.30 pagi, 2 Jun lalu.

Justeru pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 427 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara sehingga lima tahun atau denda atau kedua-duanya.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Nur’ain Madihah Zulkifli, kedua-dua pesalah juvana itu diwakili peguam Muhammad Amirul Mukminin Mohd Sufian.

Mahkamah menetapkan 8 Ogos ini bagi menjatuhkan hukum sementara mendapat laoran akhlak daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).

Rabu lalu, Kosmo! melaporkan dua remaja lelaki ditahan kerana disyaki kes membaling pasu bunga ke arah pagar Balai Polis Serdang.

Kedua-dua suspek diberkas di Taman Serdang Jaya, Seri Kembangan pada pukul 4 petang.

Tangkapan membabitkan pelajar dan penganggur itu dibuat selepas mereka disyaki melakukan perbuatan khianat.

Mereka dipercayai bertindak demikian kerana tidak puas hati selepas ditegur anggota polis disebabkan tidak memakai topi keledar. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI