fbpx

Anwar solat Jumaat bersama rakyat di Masjid Sultan Abdul Samad KLIA

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anwar hadir menunaikan solat Jumaat di Masjid Sultan Abdul Samad KLIA. - Foto oleh MOHD. HUSNI MOHD. NOOR / KOSMO!

SEPANG – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menunaikan solat Jumaat bersama rakyat di Masjid Sultan Abdul Samad KLIA, di sini hari ini.

Beliau yang tiba kira-kira pukul 1.12 tengah hari disambut Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr. Mohd. Na’im Mokhtar serta jemaah yang lain.

Solat Jumaat diimamkan oleh Imam Besar Masjid Sultan Abdul Samadi KLIA, Ustaz Bambang Eirman Bahudin itu disertai lebih 4,000 jemaah.

Anwar bersama jemaah turut mendengar khutbah bertajuk ‘Perpaduan Dalam Kepelbagaian’ yang disampaikan oleh Bambang Eirman.

Selesai solat, Anwar turut meluangkan masa beramah mesra dan bergambar bersama jemaah yang hadir sebelum beredar meninggalkan masjid.

Terdahulu, Anwar turut berkesempatan menikmati sajian makan tengah hari di Restoran Ummi Aishah di Pusat Perdagangan Warisan Sentral, Kota Warisan, di sini.

Beliau tiba di restoran itu kira-kira pukul 12.40 tengah hari bagi menikmati makanan yang disediakan di situ.

Antara hidangan yang disediakan ialah ikan bakar, ikan tenggiri masak asam pedas, kari ayam, kerabu mangga dan ulam-ulaman. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI