fbpx

Bom palsu: Polis kesan suspek hantar bungkusan pada Menteri Pelancongan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
KING SING

KUALA LUMPUR – Polis sedang menjalankan siasatan berhubung bungkusan berisi bahan letupan menyerupai bom yang dihantar kepada Menteri Pelancong, Seni dan Budaya (MOTAC), Datuk Seri Tiong King Sing, di Putrajaya semalam.

Ketua Polis Daerah Putrajaya, Asisten Komisioner A. Asmadi Abdul Aziz berkata, pihaknya masih giat mengesan suspek yang terlibat dalam kejadian tersebut.

“Setakat ini, keterangan YB (Yang Berhormat) Menteri serta beberapa saksi telah diambil, usaha mengesan suspek sedang dijalankan.

“Sebarang perkembangan lanjut akan dimaklumkan,” katanya kepada pemberita hari ini.

Menurut beliau, kes tersebut disiasat mengikut Seksyen 507 Kanun Keseksaan.

Semalam, polis mengesahkan bungkusan yang dialamatkan kepada Menteri MOTAC adalah ancaman bom palsu.

Perkara itu disahkan selepas Unit Pemusnah Bom menjalankan pemeriksaan menggunakan dua anjing pengesan dan bantuan teknologi terhadap bungkusan tersebut.

Berdasarkan rakaman televisyen litar tertutup (CCTV), bungkusan itu dihantar menerusi kurier pada pukul 11.19 pagi semalam.

Bungkusan yang diletakkan bersama paip polyvinyl chloride (PVC), wayar dan ‘timer’ itu diambil dan kemudian dibawa naik ke tingkat 14 pada pukul 2.45 petang. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI