fbpx

Anak lumpuh, isteri pula terlantar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MOHD. NAZIR berdiri di sisi isterinya, Natrah (kanan) dan anak tirinya, Wan Nurjannah Fakhira yang terlantar di kediamannya di Kampung Padang Jawa, Shah Alam baru-baru ini.

SHAH ALAM – Biarpun penat bekerja sebagai pengawal ke­selamatan di sebelah malam, namun keadaan itu tidak menghalang Mohd. Nazir Othman, 60, memberi tumpuan sepenuhnya menjaga isteri ­terlantar akibat angin ahmar dan anak tiri lumpuh ke­rana kemalangan pada 2022.

Menurut Mohd. Nazir, iste­rinya, Natrah Sidik, 53, sebelum ini sihat, namun terlantar sejak dua minggu lalu selepas diserang angin ahmar.

“Sebelum ini saya dan isteri bergilir menjaga anak perem­puan, Wan Nurjannah Fakhira Wan Zaki yang lumpuh. Saya sendiri sebenarnya tidak berapa sihat.

“Kini saya perlu menjaga kedua-duanya pada waktu siang selepas pulang daripada bekerja sambil dibantu anak tiri yang lain,” katanya ketika ditemui baru-baru ini.

Mohd. Nazir berkata, pendapatannya yang kurang RM2,000 sebulan tidak mencukupi bagi menampung keperluan isteri dan anak tirinya yang berusia 19 tahun.

“Nasib baik rumah ini milik isteri menyebabkan tidak perlu membayar sewa.

“Anak tiri saya yang lain juga berpendapatan sederhana, sememangnya kami memerlukan bantuan kewangan untuk membeli lampin pakai buang, susu formula, tisu dan tiub kencing buat masa ini,” ujarnya.

Sementara itu, Wan Nurjannah berkata, dia telah memohon bantuan daripada Lembaga Zakat Selangor (LZS) dan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), namun belum mendapat makluman berkaitan perkara itu.

“Ibu bapa dan kakak yang tinggal di sini membantu menjaga saya bergilir-gilir. Dengan kea­daan bapa tiri dan ibu tidak sihat saya amat mengharapkan ada bantuan diberi oleh mana-mana pihak,” ujarnya.

Sehubungan itu, pihak yang ingin membantu boleh menghulurkan bantuan ke akaun Bank Simpanan Nasional (BSN) isterinya Natrah iaitu 1016741100017082.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI