fbpx

Warga asing sembunyi 2kg syabu dalam kotak pembesar suara

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Lebih dua kilogram dadah jenis syabu dirampas dalam serbuan sebuah rumah di tapak pembinaan di Jalan Bunga Raya dekat Tawau Sabah pada Jumaat minggu lalu.

TAWAU – Taktik seorang lelaki warga asing menyembunyikan lebih dua kilogram dadah jenis syabu di dalam kotak plastik pembesar suara bagi mengaburi mata pihak berkuasa tidak menjadi apabila dia ditahan polis pada Jumaat minggu lalu.

Suspek berusia 45 tahun berkenaan ditahan di sebuah rumah di tapak pembinaan di Jalan Bunga Raya oleh sepasukan pegawai dan anggota Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik (BSJN) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tawau pada pukul 2 petang.

Ketua Polis Daerah Tawau, Asisten Komisioner Jasmin Hussin berkata, pemeriksaan di dalam kotak itu menemukan dua paket plastik cerah berisi bahan ketulan hablur jernih disyaki dadah jenis syabu berjumlah RM158,400.

“Hasil saringan ujian air kencing mendapati suspek negatif dari sebarang jenis dadah dan direman bermula 1 Jun 2024 untuk siasatan kes mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI