fbpx

Usaha mencari mangsa tanah runtuh Papua New Guinea dihentikan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Penduduk setempat menggali tanah untuk mencari mayat mangsa yang masih hilang di Maip Mulitaka, wilayah Enga pada 30 Mei lalu. - AFP

PORT MORESBY – Usaha mencari beratus-ratus penduduk kampung yang dikhuatiri tertimbus dalam insiden tanah runtuh di Papua New Guinea tidak akan diteruskan, kata tentera kepada AFP hari ini, sambil menyifatkan zon bencana sebagai ‘terlalu berbahaya’ untuk beroperasi.

“Semua usaha untuk mencari mayat ditamatkan kerana risiko tanah runtuh selanjutnya,” kata Mejar Joe Aku.

“Ia terlalu bahaya untuk berada di lokasi itu ketika ini. Ini adalah tanah runtuh paling teruk dan paling besar yang pernah saya lihat,” tambahnya lagi.

Aku merupakan salah seorang pegawai tentera yang menyelia tapak bencana itu.

Beliau mengisytiharkan kawasan tanah tinggi sebagai tersebut ‘zon larangan’, yang akan ditutup kepada masyarakat dan pihak berkuasa sehingga tarikh diberitahu kelak.

Anggaran awal kerajaan Papua New Guinea menyebut seramai 2,000 orang mungkin tertimbus dalam bencana yang berlaku pada 24 Mei lalu.

Namun, Aku berkata, jumlah itu mungkin menghampiri 650 orang.

Hanya sembilan mayat telah ditemui setakat ini, demikian menurut pihak berkuasa kesihatan tempatan.

Laporan dalaman oleh Jabatan Perlombongan dan Geobencana Papua New Guinea yang diperoleh AFP semalam, memberi amaran mengenai kemungkinan tinggi insiden itu berlaku lagi di lokasi tersebut dalam masa terdekat.

Laporan itu menyimpulkan bahawa sebarang akses ke kawasan itu harus dihadkan kepada pakar.

Pihak berkuasa tempatan menganggarkan 7,849 orang tinggal di dua daerah yang dilanda bencana tersebut. – AFP 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI