fbpx

Tertarik suara Pak Yob lembut macam sutera, kenalan atuk jadi suami

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Zaleha dan Pak Yob

PETALING JAYA – Seorang wanita bersuamikan lelaki berusia 80 tahun yang tular baru-baru ini tidak menyangka kenalan datuknya kini menjadi ‘imam’ yang dinikahi sejak 10 tahun lalu.

Mengimbau kembali detik perkenanalan itu, Zaleha Zainul Abidin, 42, berkata, dia sudah lama mengenali suaminya, Yob Ahmad, 80, yang juga kenalan datuknya.

Menurut wanita itu, walaupun tiada sebarang pertalian darah, tetapi hubungan baiknya dengan Pak Yob sudah dianggap seperti keluarga sendiri.

“Pak Yob rapat dengan atuk dan bapa saudara saya. Jadi sejak remaja saya sudah kenal dan hormat Pak Yob.

“Selepas perkahwinan pertama gagal, saya tertarik dengan sikap Pak Yob yang sangat pengasih dan penyayang. Bercakap dengan orang pun suaranya sangat lembut ibarat seperti sutera.

“Dia (suami) juga mempunyai pegangan agama yang kuat,” kata wania itu.

Baru-baru ini tular sebuah video memaparkan Yob atau mesra disapa Pak Yob sedang mengiqamatkan zuriat pertama pada usia mencecah 80 tahun.

Video anak perempuan Pak Yob yang dilahirkan pada puku 9.30 malam, 31 Mei lalu tular di media sosial sehingga mendapat lebih 2.5 juta tontonan.

Zaleha yang menetap di Kepala Batas, Pulau Pinang memaklumkan, dia dan suaminya berasa terkejut sebaik mengetahui dirinya mengandung selepas 10 tahun mendirikan rumah tangga. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI