fbpx

SRC: Saya bukan boneka Najib – Ismee

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ismee ketika hadir di Mahkamah Tinggi hari ini.

 

KUALA LUMPUR – Bekas Pengarah SRC International Sdn Bhd., Tan Sri Ismee Ismail menafikan di Mahkamah Tinggi di sini hari ini beliau menjadi boneka Datuk Seri Najib Tun Razak ketika melaksanakan operasi syarikat pelaburan strategik negara itu.

Ismee, 59, berkata, beliau bukan boneka Najib yang ketika itu pemegang saham tunggal SRC meskipun tidak pernah `berfikir dua kali’ ketika menurut arahan bekas Perdana Menteri.

Ujarnya, beliau bukan sahaja tidak memiliki nombor telefon peribadi Najib yang juga Penasihat Emeritus SRC, malah tidak pernah bertemunya untuk membincangkan perkara berkaitan syarikat sepanjang tempoh perkhidmatannya.

Beliau menyatakan demikian ketika menjawab soalan peguam Harvinderjit Singh pada perbicaraan kes saman AS$1.8 bilion yang difailkan SRC International (plaintif) terhadap Najib dan bekas Ketua Pegawai Eksekutifnya (CEO,) Nik Faisal Ariff Kamil.

SRC adalah subsidiari 1MDB yang pada mulanya dikenali sebagai Lembaga Pelaburan Terengganu (TIA), namun pada 25 September 2009 Menteri Kewangan (Diperbadankan) (MKD) mengambil alih TIA dan dinamakan sebagai 1MDB.

Terdahulu, dalam pernyataannya, Ismee berkata, keputusan pemindahan wang sebanyak RM3.6 billion kepada SRC BVI merupakan keputusan pemegang saham SRC melalui resolusi pemegang saham. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI