fbpx

[VIDEO] Sesetengah orang kata hadis tak sahih, terpulanglah – Ustaz Don

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ustaz Don

PETALING JAYA – “Saya tidak pernah ada niat untuk menyelewengkan rakyat Malaysia”.

Demikian kata Ustaz Don Daniyal Don Bijayid dalam satu temu bual di sebuah radio tempatan pada 1 Jun lalu berhubung dakwaan mengatakan beliau berdakwah menggunakan hadis yang tidak sahih.

Beliau yang lebih dikenali dengan Ustaz Don berkata, perkara itu terpulang kepada mana-mana pihak untuk memiliki pandangan sedemikian.

“Ada sesetengah orang kata hadis tak sahih, terpulanglah. Bacaan dan buku dia kata tak sahih. Buku-buku dan ulama kita kata sahih.

“Tiada masalah. Benda itu pegangan masing-masing. Kita tidak boleh suruh orang (ikut) pegangan kita dan depa (mereka) pun tak boleh suruh kita ambil pegangan mereka,” katanya.

Mengulas lanjut, Ustaz Don berkata, beliau sudah berkecimpung dalam arena dakwah di Malaysia selama 14 tahun.

“Jadi jangan takut, sepertimana saya nak anak saya berjumpa dengan guru yang betul. Saya akan berusaha menjadi guru yang betul kepada anak-anak tuan-tuan,” jelasnya.

Terdahulu, Ustaz Don dilapor ‘direhatkan’ daripada program yang sinonim dengan musim ibadah haji, Salam Baitullah ekoran beberapa kontroversi penyebaran hadis tidak bersumber.

Semalam, Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan turut mengeluarkan status hadis riwayat cinta pertama Rasulullah SAW berkaitan kisah Ummu Hani’ di mana penceritaan Ustaz Don dianggap lemah dan hadis digunakan adalah tidak bersumber. – KOSMO! ONLINE

@ar_rayyanchannel kredit to @Suria Malaysia #ustazdondaniyal ♬ Sad Music – Max-Music

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI