fbpx

Pukul OKU : Ing Keong rakam keterangan di Bukit Aman

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ing Keong (kiri) tiba di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman di ibu negara untuk dirakam keterangan, hari ini

KUALA LUMPUR – Lelaki orang kurang upaya (OKU) yang didakwa diserang pengiring rombongan kenamaan tiba di Ibu pejabat Polis Bukit Aman untuk dirakam keterangan hari ini.

Mangsa yang juga pemandu e-hailing, Ong Ing Keong, 46, tiba ke pekarangan pondok kawalan Keselamatan tepat pukul 10.45 pagi tadi.

Difahamkan, ini merupakan rakaman keterangan kedua dibuat terhadap lelaki OKU pekak dan bisu itu.

Turut hadir peguam dari Lawyer For Liberty, N. Surendran dan Latheefa Koya yang mewakili mangsa.

Jumaat lalu, Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain mengesahkan pihaknya menjalankan siasatan menyeluruh berhubung kes anggota pengiring didakwa memukul pemandu Grab di sebuah hotel di ibu negara pada 28 Mei lalu.

Beliau dilaporkan berkata, pegawai-pegawai yang terlibat dalam insiden ini akan dipanggil ke Bukit Aman untuk membantu siasatan.

Jelasnya, langkah itu diambil secara menyeluruh dan semua pihak terlibat dapat memberikan keterangan mereka.

Minggu lalu, media melaporkan salah faham arahan pergerakan mengalihkan kenderaan dipercayai punca seorang pemandu e-hailing didakwa diserang pengiring kepada rombongan kenamaan dalam kejadian di sebuah hotel di Brickfields, pada 28 Mei lalu.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Rusdi Mohd. Isa dilaporkan berkata, kejadian tersebut berlaku disebabkan salah faham arahan pergerakan mengalihkan kenderaan.

Jelas beliau, kes ini disiasat dibawah Seksyen 323 Kanun Keseksaan kerana mendatangkan kecederaan.

Bagaimanapun, pengadu membuat laporan polis kedua menyatakan telah menyelesaikan perkara yang berlaku secara baik serta tidak mahu memanjangkan kes. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI