fbpx

Polis sahkan bungkusan dipercayai bom di MOTAC palsu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Bungkusan yang dihantar ke MOTAC pada petang tadi yang dipercayai bom pada awalnya disahkan sebagai palsu atau ‘hoax’

PUTRAJAYA- Polis mengesahkan bungkusan dipercayai mengandungi bom yang dihantar ke bangunan Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) di sini pada petang tadi adalah palsu.

Ketua Polis Daerah Putrajaya, Asisten Komisioner A. Asmadi Abdul Aziz berkata, bungkusan dihantar menggunakan perkhidmatan penghantaran pada pukul 11.19 pagi itu dikategorikan sebagai ‘hoax’ atau hampir menyerupai bom sebenar.

“Untuk makluman, Unit Pemusnah Bom (UPB), baru sahaja selesai membuat siasatan berkaitan satu objek yang boleh dikategorikan sebagai ‘hoax’ atau bom yang hampir menyerupai (bom sebenar), ia guna batang paip pvc dan ada juga penetap masa.

“Tindakan telah diambil dan kita dapati ia bom palsu atau hampir menyerupai yang dikenali sebagai ‘hoax’,” katanya pada sidang akhbar di Bangunan MOTAC di sini tadi.

Mengulas lanjut, katanya, pihaknya menerima panggilan kecemasan pertama pada pukul 3.21 petang tadi mengenai bungkusan berkenaan.

Katanya, panggilan kecemasann berhubung bungkusan itu turut dibuat oleh Menteri Pelancongan, Datuk Seri Tiong King Sing.

“Untuk makluman, bungkusan itu dihantar pada pukul 11.19 pagi dan diambil pada pukul 2.45 petang di lobi bangunan sebelum dihantar ke tingkat 14.

“Ketika serahan dibuat, kotak itu mengandungi paip pvc dan wayar yang dipercayai bom pada awalnya sebelum menggunakan khidmat UPB dan anjing pengesan untuk pengesahan,” jelasnya.

Katanya, bungkusan itu akhirnya disahkan sebagai negatif dan kakitangan kementerian dibenarkan untuk memasuki premis semula.

Jelasnya, kes itu akan disiasat mengikut Akta Bahan Letupan 1957 serta beberapa akta lain yang berkaitan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI