PETALING JAYA – Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menzahirkan ucapan tahniah kepada rakan sejawatnya dari India, Narendra Modi atas kemenangan dalam pilihan raya umum negara tersebut
Perdana Menteri berkata, kemenangan Narendra Modi kali ini adalah kemenangan berturut-turut untuk penggal ketiga pakatan yang dipimpinnya dalam pilihanraya umum India yang baru selesai.
“Proses dan praktik demokrasi di India ternyata mengujakan tatkala lebih dari 642 juta rakyat turun melaksanakan hak mengundi yang telah bermula sejak 19 April yang lalu.
“Modi juga telah melakukan anjakan yang ternyata memberangsangkan pada aspek ekonomi India yang tentunya meningkat tahap kesejahteraan rakyat dan juga membawa manfaat kepada wilayah tersebut.
“Saya bersedia untuk terus bekerjasama dengan beliau sambil kita mempatri era baharu hubungan persahabatan antara Malaysia dan India,” ucap beliau di laman sosial hari ini. – KOSMO! ONLINE.