fbpx

Pesawat mendarat cemas akibat cermin retak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pesawat Delta Airlines terbabit ketika kejadian dalam penerbangan dari Edinburgh ke New York. - SHUTTERSTOCK

LONDON – Sebuah pesawat Delta Airlines yang dalam penerbangan dari Edinburgh ke New York terpaksa melakukan pendaratan cemas di London selepas mengalami keretakan pada cermin hadapan, lapor akhbar Express UK kelmarin. 

Insiden itu melibatkan penerbangan Delta DL209 yang berlepas dari Lapangan Terbang Edinburgh, Scotland menuju ke Lapangan Terbang Antarabangsa John F. Kennedy. 

Pesawat itu berlepas sekitar pukul 12.20 tengah hari (waktu tempatan) Ahad lalu. 

Syarikat penerbangan Delta Airlines berkata, pesawat tersebut mendarat di Lapangan Terbang Heathrow, London pada lewat petang dengan selamat selepas mengalami ‘masalah penyelenggaraan’. 

“Penerbangan Delta 209 yang dalam perjalanan dari Edinburgh ke New York mendarat di London-Heathrow pada hari Ahad, 2 Jun selepas mengalami masalah penyelenggaraan semasa penerbangan,” kata jurucakap syarikat itu. 

Sementara itu, kesemua penumpang telah ditempatkan semula dalam penerbangan lain ke New York, yang berlepas pada pukul 11.30 pagi (waktu tempatan) keesokan harinya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI