fbpx

Peniaga letak syarat sebelum benar pengguna beli minyak masak peket

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pegawai KPDN memeriksa minyak masak paket yang ditemui di sebuah premis di Medan Acheh, Sitiawan semalam. - Foto IHSAN KPDN

MANJUNG – Tindakan seorang peniaga di Medan Acheh, Sitiawan di sini yang mengenakan syarat sebelum membenarkan pengguna membeli minyak masak peket 1 kilogram (1kg) berjaya dikesan oleh sepasukan pegawai dan penguat kuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Perak semalam.

Menurut Pengarahnya, Datuk Kamalludin Ismail, aktiviti penjualan bersyarat barang kawalan minyak masak peket 1kg di sebuah premis milik warga tempatan itu dikesan pihaknya menerusi Ops Samar yang dilaksanakan pada pukul 12.10 tengah hari.

“Pegawai KPDN telah membuat penyamaran dengan melakukan uji beli minyak masak peket 1kg di premis tersebut dan penjual telah memberitahu secara lisan bahawa perlu membeli barangan lain di premis tersebut sebelum dibenarkan membeli minyak masak paket 1kg dengan harga RM2.50 sepeket.

“Kenyataan secara lisan pembelian bersyarat oleh peniaga tersebut telah dirakam melalui kamera tersembunyi untuk dijadikan sebagai bukti siasatan,” katanya di sini hari ini.

Menurut beliau, susulan kenyataan tersebut, sepasukan pegawai dan anggota KPDN beruniform telah membuat pemeriksaan menyeluruh ke atas premis berkenaan dan menemui sebanyak 77kg minyak masak peket 1kg yang disimpan di dalam stor premis berkenaan.

Kamalludin berkata, pemeriksaan lanjut juga mendapati pemilik premis tersebut merupakan pemegang lesen runcit (CSA) yang masih sah. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI