PONTIAN – Suasana pilu menyelubungi jeti nelayan di Sungai Benut di sini apabila mayat lelaki yang lemas terjatuh ke dalam sungai pada petang kelmarin ditemui pada pagi ini.
Mayat Samsudin Bachok, 52, ditemui oleh pasukan mencari dan menyelamat (SAR) kira-kira 400 meter dari mangsa terjatuh di lokasi kejadian pada pukul 10.30 pagi.
Isteri mangsa, Junayati Kechant, 48, pengsan ketika mayat suaminya di bawa ke darat bagi urusan pengecaman sebelum di bawa ke Hospital Pontian (HP) oleh pasukan SAR.
Anak kedua mangsa, Muhammad Nur Iskandar, 24, mewakili ibunya membuat pengecaman ke atas mayat bapanya.
Terdahulu, Kosmo! melaporkan lelaki berstatus orang kelainan uapaya (OKU) itu dikhuatiri lemas akibat terjatuh di Sungai Benut, dekat sini apabila dilaporkan tidak balik ke rumahnya sejak kelmarin. – KOSMO! ONLINE