fbpx

Pelajar, penganggur ditahan baling pasu ke arah Balai Polis Serdang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

SERDANG – Dua remaja lelaki ditahan kerana disyaki terbabit kes membaling pasu bunga ke arah pagar Balai Polis Serdang, di sini, semalam.

Ketua Polis Daerah Serdang, Asisten Komisioner A A Anbalagan berkata, kedua-dua suspek berusia 17 tahun itu ditahan di Taman Serdang Jaya, Seri Kembangan sekitar pukul 4 petang.

Jelasnya, tangkapan membabitkan pelajar dan penganggur selepas disyaki melakukan perbuatan khianat itu.

“Dengan dipandu arah oleh kedua-dua suspek, polis merampas serpihan batu atau pasu yang digunakan dalam tiga kejadian khianat.

“Kita turut merampas pakaian yang dipakai kedua-dua suspek itu semasa melakukan jenayah tersebut.

“Kedua-dua remaja itu akan dibawah ke Mahkamah Majistret Petaling Jaya untuk permohonan perintah tahanan reman pada pagi ini untuk membantu siasatan lanjut,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Tegas beliau, kes sedang disiasat di bawah Seksyen 427 Kanun Keseksaan kerana melakukan perbuatan khianat.

Ahad lalu,media melaporkan dua individu yang tidak puas hati selepas ditegur anggota polis kerana tidak memakai topi keledar bertindak membaling pasu bunga ke arah pagar Balai Polis Serdang. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI