fbpx

Malaysia beri sokongan kepada gencatan senjata berkekalan di Palestin, Israel

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anwar bercakap kepada pemberita selepas merasmikan Modul Latihan Kenegaraan Malaysia Madani di Putrajaya hari ini

PUTRAJAYA- Malaysia memberi sokongan kepada cadangan pengantara melibatkan tiga negara iaitu Qatar, Mesir dan Amerika Syarikat (AS) yang menyeru Israel dan Hamas untuk memuktamadkan perjanjian bagi gencatan senjata berkekalan di Palestin dan Israel.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, susulan itu, AS diminta untuk bertindak lebih tegas terhadap Israel sementara Malaysia masih memberi sokongan kuat terhadap cadangan dikemukakan itu.

“Kita juga berbincang dalam mesyuarat jemaah menteri untuk memberi sokongan kepada Mesir, Qatar dan AS dan saya percaya ia lebih lunak berdasarkan apa yang saya pernah bincangkan dengan pimpinan Hamas.

“Sementara kita sokong kuat cadangan ini, kita menuntut AS bertindak lebih tegas terhadap Israel kerana ini adalah kedegilan dan keangukahan mereka.

“(Ini) kerana terlalu banyak bencana dan kesengsaraan yang terlah berlaku,” katanya kepada pemberita selepas meluncurkan Modul Latihan Kenegaraan Malaysia Madani di sini tadi.

Katanya, cadangan AS menerusi Presiden Joe Biden bersama Qatar dan Mesir untuk meletakkan beberapa prinsip mencapai kedamaian segera yang lebih mantap di Israel dan Palestin ialah untuk menghentikan serangan ganas ke atas Gaza.

Terdahulu, Qatar, AS dan Mesir bersama-sama menyeru Hamas dan Israel untuk memuktamadkan perjanjian merangkumi prinsip digariskan oleh Presiden Biden.

Ketiga-tiga negara itu menjadi pengantara dalam perbincangan berterusan untuk mendapatkan gencatan senjata di Gaza dan pembebasan tawanan serta tahanan.

Prinsip-prinsip digariskan itu menggabungkan tuntutan semua pihak dalam satu perjanjian yang memenuhi pelbagai kepentingan dan akan membawa kelegaan segera kepada rakyat Gaza.

Pada masa sama, negara pengantara itu turut menekankan bahawa perjanjian itu menawarkan jalan baru untuk gencatan senjata kekal dan menamatkan krisis. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI