fbpx

Mahkamah benar masukkan dua afidavit sokong pemenjaraan Najib di rumah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Najib

KUALA LUMPUR – Mahkamah Tinggi di sini hari ini membenarkan dua afidavit tambahan dimasukkan bagi menyokong permohonan Datuk Seri Najib Tun Razak berhubung kebenaran semakan kehakiman mencabar kewujudan Titah Adendum Yang di-Pertuan Agong ke-16, supaya bekas Perdana Menteri itu menjalani tempoh pemenjaraan selama enam tahun di rumah.

Dua Afidavit itu membabitkan sokongan diikrarkan Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail, serta ucapan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, pada Konvensyen 25 Tahun Parti Keadilan Rakyat (PKR) di Shah Alam pada April lalu.

Perkara itu disahkan peguam Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah, selepas prosiding kes itu di hadapan Hakim Datuk Amarjeet Singh yang dijalankan secara tertutup.

Sementara itu, Peguam Kanan Persekutuan, Shamsul Bolhassan, ketika ditemui berkata pihaknya membantah afidavit terbabit atas alasan ia difailkan pada saat terakhir.

Mahkamah kemudian menetapkan 3 Julai ini bagi keputusan permohonan kebenaran semakan kehakiman Najib. – KOSMO! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI