fbpx

Lelaki kopiah larikan emas dihukum penjara 13 bulan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar kejadian seorang lelaki berkopiah melarikan barang kemas dari sebuah kedai emas di Bandar Perda, baru-baru ini

SEBERANG PERAI – Seorang lelaki berkopiah hitam yang tular seelpas melarikan barang kemas dari sebuah premis di Bandar Perda di sini dijatuhi hukuman penjara selama 13 bulan oleh Mahkamah Majistret Bukit Mertajam hari ini.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah, Asisten Komisioner Helmi Aris berkata, tertuduh dikenakan hukuman itu selepas mengaku salah atas pertuduhan yang dihadapinya di bawah  Seksyen 380 Kanun Keseksaan.

“Dia (tertuduh) telah dijatuhkan hukuman penjara selama 13 bulan bermula dari tarikh tangkapan,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Terdahulu, Helmi berkata, kejadian itu berlaku pada pukul 11.53 pagi, Jumaat lalu. Semasa kejadian mangsa yang  juga seorang jurujual didatangi suspek berusia dalam lingkungan 30-an yang berpura-pura mahu membeli emas.

Menurut beliau, mangsa kemudian menunjukkan barang kemas tersebut namun suspek bertindak logam berharga itu yang diletakkan di atas kaunter sebelum melarikan diri semasa pengadu sedang membuat kiraan.

“Polis berjaya menahan suspek pada hari sama kira-kira pukul 4 petang di Sungai Petani. Kita menemukan semula semua barang kemas yang dilarikan dan semakan mendapati suspek mempunyai tiga rekod jenayah dan dadah,” katanya. – KOSMO! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI