fbpx

Kontena milik syarikat Israel di pelabuhan Gelang Patah hanya transit sementara

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
KONTENA syarikat perkapalan berpangkalan di Israel hanya transit di Pelabuhan Tanjung Pelepas, Johor dan barangan dagangan tidak memasuki Malaysia.

JOHOR BAHRU – Kontena syarikat perkapalan yang berpangkalan di Israel, ZIM, berlabuh di Gelang Patah, Iskandar Puteri baru-baru ini hanya transit sementara sebelum menunggu untuk dihantar ke negara penerima.

Pengarah Kastam Johor, Aminul Izmeer Mohd. Sohaimi berkata, pemeriksaan mengesahkan kontena itu merupakan kontena muatan pindah kapal atau ‘transhipment’, iaitu satu proses pergerakan barang yang dibenarkan Kementerian Pengangkutan Malaysia (MOT).

“Sebagaimana proses ‘transhipment’ biasa, kargo akan bergerak dari pelabuhan berlepas ke pelabuhan destinasi melalui pelabuhan ketiga dalam jadual perjalanan.

“Kontena tersebut akan transit sementara di pelabuhan ketiga dan akan ke destinasi seterusnya iaitu negara lain. Hasil semakan Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Johor, tiada pergerakan dagangan ke dalam Malaysia sama ada melalui pintu keluar atau pintu masuk iaitu import dan eksport menggunakan kontena syarikat perkapalan tersebut,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Tambah beliau, JKDM Johor komited memastikan kawalan di pintu keluar dan pintu masuk negara, termasuk menguatkuasakan larangan import atau eksport kontena milik syarikat perkapalan dari Israel. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI