fbpx

Kontena milik syarikat dari Israel diarah berpatah balik

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sebuah lori bersama kontena dipercayai milik syarikat berpengkalan dari Israel ditahan di Kompleks ICQS Padang Besar, Perlis Ahad lalu.

PADANG BESAR – Sebuah lori bersama kontena dipercayai milik syarikat berpengkalan di Israel diarah berpatah balik ke Thailand ketika melalui Kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamatan (ICQS) di sini pada Ahad lalu.

Pengarah Kastam Perlis, Ismail Hashim berkata, lori dari negara jiran yang membawa kontena berisi dagangan ayam sejuk beku itu dikesan
memasuki terowong Mesin Pengimbas di Unit Dagangan Jalan Raya, Kompleks ICQS tersebut kira-kira pukul 12.03 tengah hari.

Katanya, kenderaan berkenaan berbuat demikian untuk pengikraran Borang K1 bagi melakukan pengimportan dagangan ke negara ini.

“Semasa proses imbasan imej, pengendali mesin pengimbas mendapati kontena yang digunakan adalah berasal dari Israel berdasarkan logo ZIM yang tertera pada badan dinding luar kontena tersebut.

“Kenderaan itu kemudian ditahan untuk mendapat pengesahan dan pemeriksaan lanjut,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Beliau berkata, hasil semakan bersama pihak agensi kerajaan terlibat memaklumkan kontena berlogo ZIM dilarang untuk memasuki Malaysia kerana dipercayai milik syarikat berpengkalan dari Israel.

“Kenderaan berserta kontena berisi dagangan seterusnya diarah berpatah balik ke negara jiran pada hari yang sama,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI