fbpx

Kondisi Zii Jia belum 100 peratus

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ZII JIA berjaya menewaskan Ka Long di pusingan pertama Terbuka Indonesia biarpun kecederaan dialami belum pulih sepenuhnya.

PERSEORANGAN lelaki profesional negara, Lee Zii Jia kembali ke gelanggang dengan aksi konsisten selepas melangkah ke pusingan kedua pada Kejohanan Badminton Terbuka Indonesia yang berlangsung di Jakarta.

Pada aksi pusingan pertama semalam, pemain No. 7 dunia itu mencatat kemenangan keempatnya ke atas pemain Hong Kong, Ng Ka Long musim ini menerusi kemenangan straight- set 21-17, 21-16 dalam tempoh 40 minit.

Bagaimanapun, Zii Jia yang menarik diri daripada Terbuka Singapura minggu lalu akibat masalah hamstring mengakui, kondisinya masih belum berada pada tahap terbaik selain hanya menjalani latihan ringan.

“Jujur saya katakan bahawa kondisi badan belum berada pada tahap terbaik kerana ada lebih kurang seminggu sahaja untuk proses pemulihan. Saya juga tidak banyak berlatih selain memastikan tidak ada kecederaan.

“Saya sekadar melakukan latihan ringan bagi mengekalkan keadaan fizikal. Saya fikir kondisi badan ketika ini mungkin dalam 70 hingga 80 peratus untuk cergas sepenuhnya,” katanya kepada BWF selepas tamat perlawanan.

Terdahulu, bekas juara Asia dan All England itu tidak menyertai Terbuka Singapura kerana berdepan masalah hamstring selepas mengerah segala kudrat ketika menjadi naib juara Malaysia Masters.

Mengulas aksi menentang Ka Long, Zii Jia berkata, dia pada awalnya sedikit bimbang jika Ka Long sudah tahu corak permainannya memandangkan ini adalah kali keempat mereka membuat perhitungan musim ini.

Mengiringi Zii Jia ke pusingan kedua nanti adalah beregu wanita No.1 negara, Pearly Tan-M. Thinaah yang dipaksa bermandi peluh sebelum menewaskan pasangan Taiwan, Sung Shuo Yun-Yu Chien Hui 21-19, 22-20.

Bagaimanapun, nasib berbeza dialami dua beregu campuran negara, Chen Tang Jie-Toh Ee Wei dan Goh Soon Huat-Shevon Lai apabila tersingkir di pusingan pertama selepas tewas kepada lawan masing-masing.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI