fbpx

Kereta buruk dalam bangsal berharga RM1.3 juta

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Aston Martin DB4 ini boleh mencapai nilai melebihi £780,000 jika dibaik pulih. – mediadrumimages

BANDAR RAYA NEW YORK – Sebuah kereta Aston Martin keluaran tahun 1962 akan dijual pada harga £227,000 (RM1.3 juta) selepas 30 tahun dibiarkan berhabuk di dalam sebuah bangsal, lapor akhbar The Sun UK kelmarin.

Aston Martin DB4 itu ditemui di sebuah lokasi di New York selepas dibiarkan oleh pemiliknya.

Jika diubah suai dan berada dalam keadaan baik, kereta itu dijangka boleh mencapai nilai melebihi £780,000 (RM4.6 juta).

Model DB4 tersebut mengetengahkan enjin berkuasa 3.7 liter dan merupakan kereta untuk kegunaan jalan raya pertama dunia yang mencapai kelajuan 161 kilometer sejam dalam masa kurang 30 saat.

Kenderaan ikonik itu dikatakan unik kerana masih mengekalkan nombor enjin yang sepadan dan tidak pernah dibaik pulih sebelum ini. Ia bermaksud semua ciri asalnya kekal utuh.

“Penemuan magis dalam bangsal yang sebenar. Sebuah Aston Martin dari Era Emas yang jarang ditemui,” demikian menurut iklan  promosi jualan kereta itu. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI