fbpx

Kanak-kanak autistik lemas di taman tema air

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

SEBERANG PERAI – Percutian sebuah keluarga di taman tema air di Bertam, Kepala Batas di sini berakhir dengan tragedi apabila salah seorang anak perempuan mereka berusia lima tahun ditemui lemas di kolam yang sedang diubah suai, semalam.

Mangsa yang merupakan kanak-kanak autisme itu dijumpai oleh pekerja di situ kira-kira pukul 3.30 petang.

Pemangku Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara, Superintendan Zulkeflee Sulaiman berkata, kehilangan kanak-kanak itu disedari keluarga mangsa yang ketika itu sedang bermandi-manda sebelum melaporkan kepada kakitangan taman tema berkenaan.

“Mangsa ditemui di dalam kolam yang sedang diubahsuai dengan paras air sedalam kira-kira satu meter.

“Jarak lokasi penemuan mangsa dengan lokasi keberadaan ahli keluarganya adalah 20 meter. Pekerja terbabit sempat memberi bantuan pernafasan (CPR) kepada mangsa sebelum pihak ambulans datang ke lokasi kejadian,” katanya kepada Kosmo! di sini, sebentar tadi.

Menurut beliau lagi, mangsa yang merupakan anak bongsu daripada empat beradik itu disahkan meninggal dunia di Hospital Kepala Batas.

“Kematiannya diklasifikasikan sebagai mati mengejut (SDR) dan polis turut membuka siasatan mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-kanak 2001.

“Mayat mangsa sudah dituntut ahli keluarganyua dan dibawa pulang ke kediaman mereka di Selangor,” tambahnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI