fbpx

[VIDEO] Honda City curi ada di Kelantan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Hantaran yang dimuat naik oleh sepupu terbabit menyatakan nombor plat kenderaan tersebut telah pun ditukar (kiri) dan tangkap layar CCTV ketika kejadian tersebut berlaku.

PETALING JAYA – Sebuah kenderaan jenis Honda City milik seorang akauntan yang dilarikan seorang lelaki di sebuah stesen minyak di Kuantan, kelmarin, disyaki telah tiba di Kelantan petang semalam.

Menerusi gambar dimuat naik seorang wanita dikenali sebagai Diana Parish yang juga sepupu kepada mangsa, nombor plat kenderaan tersebut dipercayai telah pun ditukarkan daripada yang asal.

“Nombor plat kereta dia tukar ke VEG7788 atau VEG 7786. Terakhir polis kata dapat kesan di Ketereh, Kelantan. Siapa-siapa ada nampak tolong beritahu cepat-cepat.

“Ni baru dapat info terbaru kereta dalam perjalanan ke Kota Bharu pula. Orang-orang Kelantan minta tolong kalau nampak lelaki kepala botak macam dalam gambar sebelum ni, tolong telefon polis atau mesej saya.

“Minta tolong sangat-sangat itu sahaja kereta yang ada nak pergi mana-mana,” tulis hantaran tersebut dipercayai dimuat naik oleh pemilik kenderaan terbabit.

Kelmarin, media tempatan melaporkan seorang wanita kerugian kira-kira RM94,000 apabila kereta miliknya henis Honda City dilarikan oleh seorang lelaki di sebuah stesen minyak di Kuantan setelah ditinggalkan tanpa dikunci.

Malah dalam kejadian itu mangsa yang berusia 38 tahun melalui detik mencemaskan apabila ibunya berusia 68 tahun yang berada dalam kereta turut dibawa sebelum ditinggalkan kira-kira 400 meter dari lokasi kejadian.

Ketua Polis Daerah Kuantan, Asisten Komisioner Wan Mohd. Zahari Wan Busu berkata, kejadian pada pukul 3.10 petang itu berlaku ketika mangsa bersama bapa dan ibunya berhenti mengisi petrol di stesen minyak berkenaan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI