fbpx

Euro 2024: Deschamps tidak bimbangkan Mbappe

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MBAPPE berada pada prestasi terbaik untuk membantu Perancis menamatkan penantian untuk bergelar juara Euro kali ini. - AFP

PARIS – Pengendali Perancis, Didier Deschamps akan terus menyandarkan harapan kepada ketua pasukannya, Kylian Mbappe untuk memacu pasukan raih keputusan positif dalam dua aksi persahabatan menentang Luxembourg dan Kanada.

Awal pagi esok, Les Bleus terlebih dulu akan menentang Luxembourg diikuti aksi pemanas badan kedua bertemu Kanada, Isnin ini sebelum membuka tirai Euro 2024 melawan Austria.

“Kylian sentiasa menjadi sebahagian daripada projek pasukan kami. Jelas sekali dia mempunyai tanggungjawab di peringkat kelab, begitu juga dengan pasukan kebangsaan.

“Saya tidak perlu memberi perhatian lebih kepada Mbappe kerana saya cukup mengenalinya terutama mengenai komitmen dan keinginannya untuk meraih lebih kejayaan,” katanya.

Selain Austria, dua lagi pencabar Perancis dalam Kumpulan D Euro 2024 adalah Belanda dan Poland.

Deschamps menjelaskan beliau adalah individu yang akan terus kekal bersikap positif untuk melalui apa juga kesukaran yang dihadapi sepanjang persiapan pasukan.

“Saya adalah seorang yang cukup positif dan setiap hari saya kekal didorong oleh idea baharu yang boleh mendekatkan pasukan dengan reaksi balas positif.

“Apa juga akan kami lakukan untuk pastikan semuanya dalam berjalan lancar,” jelasnya. AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI